COVID-19 : 1,123 kes baharu, empat kematian hari ini

0

Kes baharu positif COVID-19 masih kekal dengan empat angka dengan jumlah 1,123 kes baharu direkodkan membabitkan 1,118 merupakan kes tempatan dan lima kes menjadikan keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 71, 359 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,143 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 60,204 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,775 orang manakala 130 pesakit berada di ICU dan 54 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan empat kematian direkodkan hari ini dan jumlah kes kematian meningkat kepada 380 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply