COVID-19 : 1,109 kes baharu, dua kematian hari ini

0

Kes baharu positif COVID-19 kembali meningkat kepada empat angka hari ini  dengan 1,109 kes membabitkan 1,099 kes tempatan dan 10 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 61,861 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,148 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 50,204 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,307 orang manakala 113 pesakit berada di ICU dan 41 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 350 kes.
Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Anda dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply