COVID-19 : 1,096 kes baharu, tiga kematian direkodkan hari ini

0

Kes baharu positif COVID-19 masih mencatat kenaikan empat angka pada hari ini.

Laporan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,096 kes positif dimana kes tempatan berjumlah 1,090 dan 46 membabitkan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 54,775 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 1,104 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj seramai 41,597.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 12,843 orang manakala 106 pesakit berada di ICU dan 46 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 335 kes.

Takziah buat ahli keluarga mangsa.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply