COVID-19 : 1,075 kes baharu, 11 kematian hari ini

0

Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,075 kes baharu membabitkan 1,072 kes tempatan dan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negata sebanyak 69,095 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 948 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 57,917 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,802 orang manakala 166 pesakit berada di ICU dan 46 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan angka kematian tertinggi hari ini iaitu dengan jumlah 11 kes, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 376 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply