COVID-19 : 1,032 kes baharu, lapan kematian direkodkan

0

Sebanyak 1,032 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 1,029 kes tempatan dan tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 35,425 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 820 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 24,815 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,339 orang manakala 82 pesakit berada di ICU dan 27 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan lapan kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 271 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mengelak dari bersentuhan antara satu sama lain.

Begitu juga penjagaan kebersihan diri. Ini adalah usaha untuk mengekang seterusnya memutuskan rantaian COVID-19.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply