COVID-19 : 1 kes baharu, 22 pulih sepenuhnya

0

Malaysia mencatatkan kes ke-23 pada 27 Februari 2020 apabila kes yang melibatkan seorang wanita tempatan berusia 53 tahun yang mempunyai sejarah mengunjungi Jepun.

Wanita berkenaan mengalami gejala demam sehari selepas pulang dari negara itu.

Dalam perkembangan lain, 2 lagi kes positif COVID-19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Mereka adalah kes ke-16 dan kes ke-22.

Dengan ini, sebanyak 22 dari 23 kes positif COVID-19 di Malaysia telah pulih sepenuhnya.

Orang ramai diingatkan supaya mengamalkan langkah langkah pencegahan khususnya kepada pada pengembara semasa mahupun setelah pulang dari negara yang bergejala:

1- Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

2- Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta

3- Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu

4- Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana mana individu yang bergejala

5- Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan

6- Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah /tidak dimasak dengan sempurna

7-Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut, begitu juga maklumkam mengenai sejarah perjalanan dari negara yang terlibat kepada doktor yang merawat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply