Cover Song, lagu “Staying Alive” versi “Staying Inside”

0

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk minggu ketiga Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Makin lama berkurung di rumah, makin banyak pula telatah yang begitu ‘happening’ di kalangan masyarakat bagi mengisi masa terluang dan mengurangkan kebosanan di rumah.

Malah ada juga lagu-lagu popular ‘evergreen’ yang dinyanyikan semula (cover version) dikongsi di laman media sosial sekaligus mengimbas kenangan “waktu kemuncak” zaman muda-mudi dahulu kala 😅

Namun, apa yang lebih menarik perhatian, lirik lagu telah diubah bersesuaian dengan keadaan semasa serta perkembangan terkini dunia.

Tidak terkecuali, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi laman sosial Facebooknya @Faizal Azumu, memuatnaik video klip nyanyian sebuah kumpulan anak muda mempersembahkan lagu ‘evergreen’ popular era penghujung 50-an berjudul ‘Staying Alive’ nyanyian asal trio adik beradik bersuara unik terkenal dunia, Bee Gees.

(VIDEO) COVER LAGU ‘STAYING ALIVE’ VERSI STAYING INSIDE Ater bagi yang rindu nak jamming, boleh ler buat secara…

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Selasa, 31 Maret 2020

Menariknya, lagu ini diubah lirik berunsur nasihat agar orang ramai menjaga kebersihan diri dan yang paling penting, “just stay at home!”

Dengan nyanyian persis suara unik penyanyi utama kumpulan legend Bee Gees, Barry Gibb lagu ini turut ditukar judulnya sebagai “Staying Inside”. Memang sesuai dengan situasi sekarang, kan?

“It’s the Corona, Somebody help us, Somebody help us, yeah!”

Memang layan habis🕺🕺🕺

Cayalah Dato’ Seri!

#stayAtHome
#staySafe
#stayHealthy

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply