Coronavirus : Russia, Britain sahkan kes pertama, Thailand sahkan jangkitan antara manusia

0

Britain hari ini mengesahkan dua pesakit daripada keluarga yang sama disahkan positif untuk coronavirus (2019-nCoV).

Chris Whitty selaku Ketua Pegawai Perubatan England berkata, mereka kini sedang dirawat oleh pakar di Khidmat Kesihatan Kebangsaan (NHS) di pusat rawatan di Newcastle.

Manakala Russia turut melaporkan kes pertama membabitkan dua warga China berhubung penularan jangkitan tersebut.

Tambah Chris Whitty, pihak perubatan menasihatkan sesiapa sahaja yang baru kembali dari China supaya mengasingkan diri jika terdapat simptom simptom penyakit tersebut.

Malah pihak berkuasa perubatan juga sedang mencari mereka yang ada berhubungan dengan pesakit terbabit dengan jangkitan.

Semalam pesawat sewa khas Britain membawa 83 warga British serta 27 warga negara lain dan telah mendarat di pangkalan Royal Air Force Brize Norton, di Oxfordshire.

Di Russia, Timbalan Perdana Menteri, Tatyana Golikova, berkata dua kes pertama dikesan membabitkan warga China.

Menurut beliau, pihak Russia akan membawa pulang rakyatnya dari China secepat mungkin kerana kes berkenaan masing-masing dikesan di wilayah Zabaikalsky dan Tyumen di Siberia.

Sementara itu di Thailand, kes pertama jangkitan coronavirus antara manusia disahkan di negara itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit, Tanarak Pipat, berkata kes berkenaan membabitkan seorang pemandu teksi warga tempatan, namun pemandu itu tidak mempunyai rekod perjalanan ke China dan dia kemungkinan dijangkiti pengembara yang sakit dari China. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply