Coronavirus : Kematian meningkat setiap hari, 43 kematian terbaru di wilayah Hubei

0

Sebanyak 1,220 kes dan 43 kematian terbaru dilaporkan di wilayah Hubei hari ini.

World Health Organization (WHO) mengisytiharkan jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China kini meningkat kepada 213 orang.

Penularan wabak di seluruh dunia telah mencatatkan jumlah kematian semakin meningkat setiap hari.

Semalam, pihak berkuasa kesihatan China melaporkan 38 kematian termasuk satu di luar Hubei.

WHO memgesahkan wabak coronavirus sudah merebak ke lebih 15 negara seluruh dunia termasuk Thailand, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Macau, Vietnam, Singapura, Nepal, Perancis, Hong Kong, Australia, Kanada, Malaysia dan China. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply