Coronavirus : Google tutup sementara semua cawangan di China, Hong Kong dan Taiwan

0

Google Inc, Alphabet menutup sementara semua cawangan di China termasuk Hong Kong dan Taiwan berikutan penularan coronavirus.

Pihak Google akan menghentikan sementara perkhidmatan syarikat terhadap penjualan dan kejuruteraan untuk perniagaan pengiklanan sehingga satu tarikh diberitahu.

Penularan wabak 2019-nCoV telah membunuh lebih 130 orang di China dan bagi melaksanakan kawalan virus yang ketat dan berkesan kerajaan China mengarahkan syarikat-syarikat menutup perniagaan buat sementara. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply