Coronavirus : Dalam tempoh 24 jam 1,771 kes baharu, 26 kematian di wilayah Hubei, satu di Beijing dan di wilayah Hainan

0

Suruhanjaya Kesihatan Negara China mengesahkan jumlah kematian akibat penularan virus coronavirus telah meningkat kepada 106 orang dan negara berkenaan juga telah mencatat sebanyak 4,515 kes

Manakala pihak berkuasa kesihatan berkata, sehingga 26 Januari, terdapat 2,744 kes disahkan coronavirus, 80 kematian manakala 51 lagi orang dibenarkan keluar hospital, demikian mengikut laporan dari agensi berita Sputnik.

Dalam tempoh 24 jam lalu, suruhanjaya itu merekodkan 1,771 kes baharu yang disahkan dengan 26 kematian – 24 di wilayah Hubei dan masing-masing satu di Beijing dan di wilayah Hainan. Sembilan orang dibenarkan keluar hospital.

Kes jangkitan turut disahkan berlaku di wilayah pentadbiran khas China di Hong Kong, Macau dan Taiwan, masing-masing sebanyak lapan, tujuh dan lima kes.

Di samping itu sebanyak 6,973 kes disyaki dan 44,132 orang lagi berada di bawah pemantauan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan tahap risiko global daripada “sederhana” kepada “tinggi,” berikutan, jumlah kes yang disahkan akibat 2019-nCoV di seluruh dunia sejak Ahad lalu mencecah 2,014 orang termasuk 1,985 di China dan ianya mula dikesan di bandar Wuhan, China pada akhir Disember. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply