Ciri-ciri, cara rawatan sakit mental

0

Penyakit mental atau juga difahami dengan kosa kata gangguan mental, penyakit jiwa, atau gangguan jiwa, adalah merupakan gangguan yang berkaitan dengan satu atau lebih dalam fungsi mental.

Penyakit mental adalah gangguan otak kerana emosi yang terganggu, proses berfikir, perilaku, dan persepsi (penangkapan panca indera).

Penyakit mental ini menimbulkan stres dan penderitaan bagi pesakit (dan keluarganya).

Perkara yang paling ditakuti oleh seseorang yang menghidap masalah mental adalah terasa dibebani.

Jadi jika mereka menghampiri anda, janganlah anda anggap mereka mencari perhatian atau ‘attention seeker’, ini kerana mereka benar- benar perlukan sokongan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2697209810568874&id=1712327752390423

Penyakit mental boleh dihidapi oleh setiap orang tanpa mengenal umur, bangsa, agama, mahupun status sosialekonomi malah penyakit mental ini bukan disebabkan oleh kelemahan peribadi.

Dalam masyarakat era kini, terdapat pelbagai kepercayaan atau mitos yang salah mengenai penyakit mental malah ada yang percaya bahawa penyakit mental disebabkan oleh gangguan roh jahat, ada yang mendakwa ianya berlaku akibat ‘guna-guna’ kerana kutukan atau hukuman atas dosanya.

Kepercayaan yang salah ini hanya akan merugikan pesakit dan keluarganya kerana tidak mendapat rawatan secara cepat dan tepat.

Walaubagaimanapun, dalam fikiran penghidap penyakit mental ini, mereka tidak menunjukkan atau berlakon seolah-olah mereka sedang sakit tetapi berkelakuan seolah-olah orang normal.

Oleh itu, jika anda mempunyai rakan atau kenalan yang mempunyai simptom-simptom penyakit mental, jangan terus menghukum atau menjauh, sebaliknya dekatilah mereka, berikan sokongan supaya apa yang bersarang di kepala sehingga mengganggu pemikirannya boleh beransur tenang.

Selain daripada itu, boleh juga dibawa ke pusat psikiatri untuk mendapat kaunseling atau bimbingan moral.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply