Cipta seluar dalam anti kuman, tak perlu dibasuh

0

Sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Hercleon mendakwa berjaya mencipta seluar dalam menggunakan fabrik bebas kuman yang tidak perlu dibasuh, lapor akhbar Daily Star.

Syarikat itu dipercayai sedang giat mempromosikan koleksi seluar dalam Kribi yang  menggunakan material yang biasa ditemui pada produk seperti cadar dan stoking.

“Kami percaya masa depan pakaian adalah bebas basuhan atau dalam erti kata lain tidak perlu dibasuh menggunakan air dan sabun

“Kami mahu mengajak manusia ke arah cara hidup lebih bersih, mesra ekologi dan menjimatkan masa,” kata satu kenyataan di laman web rasmi syarikat itu.

Fabrik antikuman itu digelar HercFiber dan dibuat daripada campuran buluh, pokok kayu putih, pokok beech dan tembaga.

Menurut pembuat fabrik itu, campuran bahan anti-bakteria membolehkan seluar dalam Kribi dipakai selama beberapa hari dan hanya perlu dikibas ke udara untuk membersihkannya.

“Seluar dalam kami sesuai untuk semua aktiviti seharian dan membantu menjimatkan sesi basuh pakaian,” syarikat itu. – Agensi

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply