Cinta Rizal dan Faziani kekal selamanya dan akan sentiasa mekar, anak pengasas D’nars Skincare nafi bapa sudah temui pengganti

0

Perkongsian anak arwah pengasas D’nars Skincare, Irdina Hakim Jasman yang membahasakan dirinya sebagai Gegirl di laman Instagram menulis, cinta bapanya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan Faziani Rohban Ahmad kekal selamanya dan akan sentiasa mekar.

Menurutnya, bapanya tidak memerlukan teman wanita sebagai pendamping hidup sekaligus menggantikan tempat ibunya.

Tambahnya, bapanya tidak pernah berkenalan mahupun mengenali mana-mana wanita kerana masih mempunyai anak-anak sebagai pengubat rindu terhadap arwah ibunya.

View this post on Instagram

Assalammualaikum dan salam hari jumaat smua ❤️ . Jadi disini gegirl ingin membuat satu statement ,bahawa papa gegirl tidak memerlukan mana2 wanita sbagai pendamping hidupnya dan beliau juga tidak PERNAH BERKENALAN /MENGENALI MANA2 WANITA kerana beliau masih mempunyai 8org anak dan beliau masih ada sy sbagai pelepas rindu untk arwah bonda kami, lagipun tiada siapa yg boleh menggantikn tmpt bonda tercinta kerana hnya bonda yg smpurna di mata papa ..jika ada drpd anda smua mndgr crita yg sebaliknya ,itu bukan drpd pihak kami malahan itu adalah crita yg direka oleh SESEORANG YANG TERGILA BAYANG DAN GILA HARTA ..jdi sy harap smua tidak salah faham atau pun berfikiran sbliknya .. kakak love you to the moon and never come back father ,no ones can take you from us and bonda.. igt papa semangat & kekuatan bonda sentiasa ada inside ourself✊🏻 . . CINTA RIZAL & FAZIANI KEKAL SELAMANYA DAN AKAN SENTIASA MEKAR 🌹 P/S ; GEGIRL HARAP ANDA SMUA TIDAK MUDAH TERPEDAYA DGN CERITA YG TIDAK SEPATUTNYA .. TLG HORMAT PAPA SY DAN FMLY SY SBLM BRCAKAP ,BCSE IF ADA ANYTHING SY SBAGAI ANK YG AKN MENGUMUMKN SGALANYA ..MAKCIK SIHIR BKN SIAPA2 BAGI KAMI TQ 👌🏻 -AKU TKPRNH TAKUT DGN MNUSIA BERTOPENGKN SYAITAN-

A post shared by YES THEY CALL ME “GEGIRL” (@dnarfaziani) on

“Tiada siapa yg boleh menggantikn tempat bonda tercinta kerana hanya bonda yg sempurna di mata papa” tulisnya.

Dia turut menulis, jika ada warganet yang mendengar cerita bercanggah dengan apa yang diberitahu, ianya bukanlah dari pihak mereka, namun ianya sengaja ditimbulkan perkara yang tidak benar oleh seseorang yang meminati kerana mahukan harta bapanya.

Di akhir entrinya, dia berharap warganet tidak salah faham atau pun berfikiran sebaliknya.

“Kakak love you to the moon and never come back father ,no ones can take you from us and bonda.. igt papa semangat & kekuatan bonda sentiasa ada inside ourself✊????..” tulisnya.

Di ruangan komen pula para pengikutnya turut bersetuju dengan perkongsian yang dimuat naik oleh gadis persis rupa usahawan berjaya, arwah Faziani Rohban dan memberikan sokongan untuk terus kuat menjaga keluarga mereka.

Untuk rekod, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Allahyarham meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan membabitkan Toyota Estima dengan sebuah lori pada 18 Mei yang lalu.

Leave a Reply