“Cina ni cakap Melayu dok pelak sikit pung!”Jom belajar loghat Terengganu dengan gadis Cina comel ini

0

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Ditambah pula dengan dialek berbeza setiap negeri menjadikan rakyat Malaysia unik dan tersendiri.

Menerusi perkongsian di laman media sosial, rakaman video seorang gadis muda berketurunan Cina berasal dari Terengganu yang sangat fasih berbahasa Melayu dalam loghat negeri kelahirannya.

Lenggok katanya tidak terdengar janggal dan nampak comel, secomel orangnya.

Memang diketahui bangsa Cina dan India di pantai timur tidak kekok dengan dialek negeri masing-masing.

Ini adalah kerana mereka sudah terbiasa ditambah pula pergaulan seharian tanpa mengira bangsa. Barulah seronok hidup bermuafakat begini.

Ada sesiapa berkenan nak jadikan menantu? 😊

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply