CIDB telah periksa 7,262 tapak binaan di seluruh negara

0

Construction Industry Development Board (CIDB) telah membuat pemeriksaan melibatkan 179 tapak binaan di seluruh Malaysia yang dengan penglibatan 176 Penguatkuasa.

Dilaporkan 111 tapak binaan patuh Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan, 11 tapak binaan ingkar SOP dan telah diberi amaran manakala 56 tapak binaan pula masih belum beroperasi.

Jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa oleh CIDB sehingga hari ini adalah sebanyak 7,262 tapak binaan diseluruh Malaysia.

Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 1,555 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan manakala 328 tapak binaan tidak patuh SOP dan telah diberi amaran.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply