Cegah keracunan ‘hand sanitizer’

0

Tidak lama lagi, sesi persekolahan akan kembali dibuka seperti biasa dengan SOP mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Pembelajaran dalam suasana kebiasaan baharu ini, selain perlu patuh SOP mungkin para ibu bapa akan membekalkan ‘hand sanitizer’ sendiri kepada anak anak sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, ibu bapa juga harus berhati-hati kerana bimbang anak-anak terutamanya yang masih kecil terminum ‘hand sanitizer’ dalam kuantiti yang banyak.

Lebih-lebih lagi produk pembasmi kuman ini telah dipelbagaikan bau dan warna yang menarik berada dalam pasaran.

Memetik perkongsian dari laman Public Health Malaysia, cecair pembasmi kuman ini mengandungi 60-90% ethanol atau isopropyl alcohol.

Hati hati, sekiranya kanak kanak terminum hand sanitizer dalam kuantiti yang banyak, terdapat risiko kesan serius…

Posted by Public Health Malaysia on Saturday, 4 July 2020

Oleh itu, jika tersilap langkah kanak-kanak akan mengalami sawan, masalah pernafasan, koma dan juga mungkin boleh menyebabkan kematian.

Sebagai perbandingan, wine dan beer mengandungi 5 hingga 15% alkohol dan peratusan ini sangat tinggi dan boleh menyebabkan keracunan dengan mudah.

Satu picitan pam ‘hand sanitizer’ kira kira 2.5 ml. Jumlah ini masih berada di bawah paras keracunan dan hanya menyebabkan mulut terasa perit dan pahit.

Oleh itu, sangat penting untuk memastikan botol produk sukar dibuka untuk mengelakkan dari mereka dari terminum sekaligus.

Ibu bapa juga harus mendidik mereka mengenai cara penggunaan yang betul dan utamakan kaedah membasuh tangan dengan air dan sabun berbanding ‘hand sanitizer’.

Sekiranya anak-anak terminum ‘hand sanitizer’, ibu bapa jangan panik dan beri minuman manis dengan segera (untuk elak episode hypoglycemia dan sawan) dan dapatkan rawatan secepat mungkin.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply