Cara pilih warna eye shadow mengikut kesesuaian bentuk mata

0

Kurang mahir menggunakan eye shadow atau pembayang mata? Warna apakah yang sesuai untukmu?

Jom kami kongsi tips memilih warna pembayang mata serta cara menatarias mengikut jenis dan bentuk mata anda.

1. Mata dalam.

Gunakan ton warna yang ringan pada kelopak mata, diikuti warna gelap pada bahagian lipatan yang tidak ketara.

2. Mata tersembul.

Pilihan rona matte gelap pada kelopak mata lebih sesuai.

3. Mata badam.

Mata begini boleh menggunakan apa saja warna kerana inilah mata sempurna.

4. Mata bulat.

Anda perlu memilih warna medium pada kelopak mata. Untuk memanjangkan bentuk mata anda, mesrakan pembayang mata disudut luar mata hingga ke kelopak mata.

5. Mata kuyu.

Mesrakan pembayang mata di sepanjang lipatan kelopak mata hingga ke sudut luar.
Alis ‘eye liner’ di atas dan bawah mata.
Sapu maskara bagi menghidupkan mata.

6. Mata rapat.

Untuk tampak lebih luas, gunakan ton gelap dibahagian sudut kelopak mata.
Tampil lebih galak dengan celak.

7. Mata berhud.

Ia seperti lipatan yang tersembunyi dikelopak. Gunakan warna matte, dan elakan memilih warna shimmer.

Semoga bermanafaat.
Jom cantik!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply