Cara mudah merawat resdung

0

Bagi individu yang pernah menjalani rawatan resdung menggunakan kaedah asap atau mengambil pelbagai jenis produk resdung tetapi tidak berhasil?

Mungkin kali ini anda boleh mencuba rawatan tradisional dengan menggunakan bahan semula jadi seperti limau nipis dan daun pandan.

Penyediaannya sangat mudah dan bahan yang digunakan juga tidak mengandungi bahan kimia terlarang ataupun berbahaya.

Langkah pertama, sediakan lapan biji limau nipis dan sepuluh helai daun pandan yang dihiris halus seperti bunga rampai lalu perahkan limau dan gaul hingga sebati.

Seterusnya, sapu bahan tersebut di seluruh muka, tunggu sehingga lima minit ulat resdung akan keluar melalui liang roma kulit muka.

Disarankan melakukan rawatan sekitar jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang oleh kerana waktu ini ulat-ulat resdung cukup aktif.

Amalkan tiga kali seminggu!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply