Cara mudah buat jamu homemade dari bahan alami

0

Pesan orang tua-tua, anak dara perlu menjaga kecantikan dalaman terutama pada bahagian intim kerana di situlah juga terletaknya rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Mengikut kepercayaan orang-orang dahulu, amalan minum air jamu khususnya selepas waktu haid akan memantapkan aset dalaman wanita.

Cara pembuatan cukup mudah, tidak perlu membeli di mana-mana kedai jamu kerana minuman ini boleh dibuat sendiri di rumah.

Dengan hanya menggunakan bahan alami, khasiat untuk dalaman wanita tidak dapat dipertikaikan lagi kerana keberkesanannya telah menjadi turun temurun sejak dari dulu.

Bahan-bahan :

1 ketul halia (anggaran besar ibu jari)
1 ketul kunyit (anggaran besar ibu jari)
2 batang serai (dua batang )
2 helai daun pandan (2 helai)
Gula batu atau madu (ikut cita rasa)
3 cawan air

Cara-caranya :

1. Basuh dan masukkan dalam periuk. Boleh dihiris jika suka.

2. Masukkan tiga cawan air. Biarkan ia mereneh hingga menjadi satu cawan air.

3. Selepas air dianggar satu cawan tutup api dan biarkan suam sebelum diminum.

Bagi isteri yang mahu merapatkan bahagian intim boleh tambahkan satu biji manjakani (tidak sesuai untuk yang belum berkahwin),

Manakala bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan tambahkan dua helai daun sirih.

Jika anda mengalami haid tidak teratur juga boleh mencuba. Amalkan air ini sebulan sekali sahaja. Harus diingat, ibu hamil tidak digalakkan.

Khasiat minuman ini dapat membersihkan rahim selepas haid, mengeluarkan angin dalam tubuh, memecahkan lemak-lemak di perut serta mengurangkan masalah bau badan.

Para ibu-ibu di luar sana dah tahu cara nak buat jamu sendiri? Jangan lupa amalkannya sebulan sekali ya.

Bahagian dalaman anggota badan makin mantap, bertenaga dan suami pun tambah sayang!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply