Caprice hidap penyakit hipertiroid

0

Penyanyi rap, Caprice sahkan dirinya menghidapi penyakit hipertiroid.

Kesan daripada penyakit itu katanya dia mengalami perubahan emosi dan sifat baran.

Caprice atau Ariz Ramli, 33 memberitahu perkara itu menerusi video dalam Insta­Story miliknya baru-baru ini.

“Ini memang gila! Selama ini saya fikir perubahan emosi atau baran adalah disebabkan masalah anxiety (keresahan) atau tekanan.

“Padahal, selama ini semua­nya disebabkan hipertiroid. Jus­teru, saya reda akhirnya dapat tahu semua ini,” katanya.

Caprice bagaimanapun sudah menerima kenyataan dengan takdir hidupnya, namun harus kuat untuk bangkit.

“Insya-Allah, saya akan hadapi semua ini dengan baik dan tidak sabar untuk kembali sembuh seperti sedia kala.

“Saya mahu bekerja seperti ­biasa kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Saya jatuh (rugi) teruk, namun berharap dapat terus bangkit,” ujar Caprice.

Caprice bagaimanapun akur apabila doktor menyarankan dia supaya berehat di hospital selama seminggu bagi tujuan pemantauan.

Ujar Caprice, perniagaannya ketika ini jatuh merudum, namun berjanji untuk memastikan semuanya kembali pulih seperti sedia kala sedikit masa lagi.

Pada Isnin lalu, Caprice dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara dan pelantun lagu Takde Hal Bro itu memaklumkan, doktor mengesahkan dia mengalami tanda awal hyperthyroidism iaitu kelenjar tiroid terlalu aktif menghasilkan lebih hormon dan metabolisme me­ningkat.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply