Caprice dikompaun RM10,000, enam selebriti lagi RM1,500

0

PETALING JAYA : Kompaun sebanyak RM19,000 dikeluarkan Polis Diraja Malaysia terhadap tujuh selebriti yang terlibat di dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel, dekat sini baru-baru ini.

Ia membabitkan penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Daripada jumlah itu, Caprice yang juga penganjur majlis dikenakan kompaun RM10,000 manakala enam selebriti lain masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kertas siasatan kes terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin lalu dengan keputusan mengenakan kompaun.

Tambah beliau, enam selebriti dikenakan kompaun kerana gagal memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam hotel terbabit dan ketika acara itu berlangsung.

“Seorang penyanyi Rap iaitu Ariz Ramli atau Caprice dari Syarikat Rindu Raudah Sdn. Bhd. dan selaku penganjur pula dikenakan RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka di sepanjang majlis tersebut berlangsung,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, ACP Mohamad Zainal menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi rosedur operasi standard (​SOP) ditetapkan  Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi Covid-19.

Pada awal Mei lalu, satu siasatan dibuka oleh PDRM  berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel yang turut dihadiri beberapa selebriti.

Siasatan dijalankan selepas didapati berlaku pelanggaran SOP  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terdahulu majlis yang diadakan pada 29 April lalu itu tular dalam media sosial menunjukkan Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz antara yang hadir. THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply