Calon sudah meninggal dunia akibat COVID-19 menang di Dakota Utara

0

David Andahl, 55 tahun, dari parti Republikan Dakota Utara telah meninggal dunia akibat COVID-19  kira-kira sebulan yang lalu sebelum memenangi kerusi di Dewan Perwakilan Negeri yang ditandinginya.

Beliau yang juga seorang penternak lembu, pemaju tanah, pemandu dan tenaga pengajar pelumba kereya meninggal dunia setelah empat hari menerima rawatan di hospital pada 5 Oktober yang lalu.

Akibat wabak pandemik itu, ianya turut meragut nyawa sekurang-kurangnya 232,000 warga Amerika Syarikat.

Akibat dari penularan terbabit, pilihan raya terpaksa ditukar kepada pengundian secara pos.

Keputusan yang sangat mengejutkan apabila kemenangan berpihak kepada Andahl walaupun beliau telah meninggal dunia!

Menurut rekod, Andahl telah menghabiskan 16 tahun bertugas di Suruhanjaya Zonasi dan Perancangan di Burleigh County dengan menjawat jawatan sebagai ketua pegawai selama lapan tahun.

“Beliau telah bertugas sebagai pegawai negeri bertahun-tahun dan menantikan kesempatan untuk berkhidmat di badan perundangan negeri,” kata keluarganya melalui perkongsian di laman media sosial Facebook.

“Kami sedih kerana keinginannya tidak akan tercapai.”

Pihak berkuasa pilihan raya Dakota Utara pada awalnya tidak memiliki prosedur tentang bagaimana menangani kematian calon yang hampir menjelang hari pemilihan.

Mereka kemudiannya mengeluarkan pendapat pada akhir Oktober lalu, sekiranya Andahl menang Parti Republikan setempat akan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan kerusi sehingga pilihan raya khas dilaksanakan.

Pada hari Selasa lalu, Andahl diumumkan memenangi majoriti selesa dalam perlawanan dua kerusi berjaya memperolehi 5,901 undi, atau sekitar 35.53 peratus dari jumlah keseluruhan.

Menurut data pilihan raya Dakota Utara, dua calon lawan dari parti Demokrat, Kathrin Volochenko dan Linda Babb, masing-masing mendapat undian kurang dari 12 peratus dan 10 peratus undi.

Daerah utara Bismarck memperolehi dua kerusi DPR dimana Andahl bekerjasama dengan calon lain, Dave Nehring untuk mendapatkan sokongan.

Semasa berkempen, beliau mendapat sokongan dua daripada Republikan yang paling berpengaruh di negeri ini, Gubernur Doug Burgum dan Senator Kevin Cramer.

Cramer, sekutu Trump yang terkenal meletakkan sokongannya di belakang seorang penternak Bismarck.

“Ini adalah kerana kita memerlukan lebih banyak Republikan Trump di Badan Perundangan Negara,” lapor media Star Tribune.

Diumumkan sebagai pemenang terhadap calon yang sudah meninggal dunia sangat jarang berlaku di Amerika Syarikat sepertimana yang terjadi kepada Andahl.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply