Caj kuarantin di ILA dikurangkan kepada RM100 sehari

0

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan ahli Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP telah bersetuju menyemak semula caj kuarantin yang dikenakan di Insitut Latihan Awam (ILA).

Menurut beliau, kadar baharu penyelarasan kadar bayaran di Stesen Kuarantin (Insitut Latihan Awam) yang telah dipersetujui adalah pengurangan caj kuarantin yang mana sebelum ini dikenakan sebanyak RM150 sehari telah dikurangkan kepada RM100 sehari bagi setiap individu dan bagi keluarga yang sama (ibu, bapa dan anak bawah 12 tahun) yang tinggal di ILA , dibenarkan untuk menginap di dalam satu bilik.

Manakala bagi individu kedua yang berkongsi bilik pula akan dikenakan caj RM50 sehari untuk kos makan dan minum.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang caj termasuklah kepada seorang penjaga yang menemani kanak-kanak berkenaan.

PUTRAJAYA, 10 OGOS 2020.FOTO SEKITAR SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI…

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Senin, 10 Agustus 2020

Untuk rekod, caj yang dikenakan di ILA adalah lebih rendah berbanding hotel kerana fasiliti di ILA tidak sama seperti di hotel dan permohonan untuk dikuarantinkan di ILA adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik selaras dengan bilangan bilik yang agak terhad.

Bagi individu yang dikuarantin di hotel, mereka boleh menaik taraf bilik tetapi turut diingatkan ianya adalah diatas tanggungan sendiri.

Selain dari itu, pengecualian kos kuarantin turut diberikan kepada dua golongan iaitu warganegara dari keluarga B-40 dan juga kepada banduan penjara yang baru dibebaskan di negara jiran yang mana tidak mampu dan juga tiada sumber kewangan.

Bagi warganegara dari keluarga B-40, permohonan dan semakan boleh dibuat di kaunter khas sebaik tiba di KLIA sama seperti permohonan pelajar keluarga B40.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply