Cabar diri dengan aktiviti ekstrem!

0

Bagaimana anda mengisi masa hari minggu anda?

Ada yang suka bersantai di rumah bersama keluarga dan melakukan aktiviti riadah bersama.

Membeli belah juga merupakan terapi bagi sesetengah individu.

Malah ada yang suka melakukan aktiviti yang mencabar kemampuan fizikal dan mental sebagai pelengkap hari minggu.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, rakaman video memperlihatkan aktiviti beberapa individu merentas jambatan gantung yang panjang kedudukannya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah jambatan terbabit tergantung beribu kaki tingginya dari paras laut!

Berdasarkan perkongsian berkenaan, kelihatan beberapa orang cuba merentas jejantas yang bereaksi gayat!

Maklumlah, dengan ketinggian begitu, sayup saja melihat pohon-pohon di bumi, ditambah pula angin yang bertiup laju, terasa seperti tubuh melayang di udara! 🚡

Ada yang berani mengisi masa dengan aktiviti begini?

Jom cabar diri!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

https://www.facebook.com/100046431767108/posts/173444767546581/

Leave a Reply