C9 Entertaiment pantau komen negatif terhadap anggota kumpulan CIX, Bae Jin Young

0

Mahkamah Daerah Seoul Timur mengeluarkan satu kenyataan mengenai prosiding undang-undang terhadap individu berniat jahat.

Agensi C9 Entertainment telah menfailkan tuduhan tersebut ke mahkamah berikutan isu fitnah, kutukan dan gangguan seksual yang diterima oleh artis rakamannya, Bae Jin Young.

Pihak mahkamah memutuskan bahawa mereka yang bertanggungjawab atas komen-komen berniat jahat dan berbahaya akan didenda.

Pemantauan komen berunsur tidak baik dan negatif terhadap anggota kumpulan CIX, Jin Young akan sentiasa dilakukan.

Tindakan tegas akan dibuat sekiranya kejadian yang sama berlaku.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply