Burger Bakar Special laku keras, Maya Karin semakin ligat berniaga

0

Menjalankan perniagaan jualan makanan dalam bulan Ramadan memang menguntungkan.

Tambahan pula Ramadan tahun ini disambut dalam tempoh kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mematuhi arahan agar semua perniagaan makanan jalanan seperti bazaar Ramadan, pasar malam dan up town dihentikan buat sementara, kini peniaga beralih dengan cara berniaga atas talian.

Sebut saja apa yang anda inginkan sebagai juadah berbuka puasa, semuanya boleh diperoleh hanya di hujung jari.

Tidak ketinggalan merebut peluang berniaga makanan atas talian ialah selebriti pelakon dan pengacara Maya Karin.

Mempromosi ‘Burger Bakar Special’ di platform media sosial Instagram miliknya @maya_karin, ianya telah menarik perhatian ramai kerana Maya sendiri turun padang membakar dan menyediakan burgernya.

Burger ‘home made’ daging, ayam dan kambing serta benjo yang dipanggang memang menarik, berbeza dan menggamit selera!

Menurutnya, saban hari sambutan dan tempahan yang diterima semakin meningkat sehingga tidak cukup tangan menyiapkan tempahan yang turut dibantu oleh dua orang ‘helper’.

Kalau sedap, harga berpatutan dan disedikan pula dengan kasih sayang oleh artis kegemaran, pasti akan dapat sambutan.

Cayalah Maya! 🍔🌭

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply