Buntu nak masak apa? Jom order “Nasi Ngosek” Diana Alim, penghantaran terus ke rumah anda

0

Memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, pastinya para ibu sudah buntu soal mahu menyediakan makanan atau lauk-pauk buat ahli keluarga bukan?

Sesekali tu ‘gantung kuali’ lah seketika kerana kini pelbagai jenis makanan dijual hanya di hujung jari, hanya tinggal pilih, pesan dan tunggu pesanan dihantar ke rumah.

Antara makanan yang menarik minat kami adalah juadah jualan dari Diana Alim yang menjual set nasi yang diberi nama ‘Nasi Ngosek’.

Ngosek? Ngosek tu apa? Jika anda mahu tahu ngosek tu lebih kurang macam berhantu dan teringat-ingat kata orang Terengganu.

ORDER NASI NGOSEK UNTUK ESOK KHAMIS MASIH DIBUKA. Tolong jangan order last minit taw, nanti x dapat nangis pulak kecewa…

Dikirim oleh Diana Alim pada Selasa, 14 April 2020

Memetik perkongsian Diana Alim dari laman Facebook miliknya, “order nasi ngosek untuk esok Khamis masih di buka”.

Tolong jangan order last minit taw, nanti x dapat nangis pulak kecewa Kak D x tanggung. 😂 Ada sokmo hok last minit, sampai sebok dada kita nak jawab… takut selok” celoteh wanita yang disapa Kak D ini.

Kak D menyediakan set nasi lengkap dengan ayam berempah, terung goreng, sup lobak dan dua sambal utama iaitu sambal dessik dan sambal ngosek.

Kak D seorang pengusaha Warung Ngosek kini menjual secara atas talian menggunakan khidmat runner untuk menghantar setiap pesanan yang diterima di sekitar kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Gong Badak dan Wakaf Tapai, Marang, Rusila

Untuk tempahan anda boleh hubungi +6017-9031337 dan penghantaran hanya dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Nampaknya selepas ini para ibu tidak perlu gusar atau ‘susoh hati’ bak kata orang Terengganu kerana kini segalanya di hujung jari.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply