Bunga Citra Lestari positif Covid-19

0

Figura cantik dari seberang, Bunga Citra Lestari (BCL) mengumumkan bahawa dirinya telah disahkan Positif pandemik Covid-19.

Dalam hantaran di instagram @bclsinclair, pelakon dan penyanyi cantik ini mengetahui diri positif Covid-19. setelah menerima hasil ujian daripada doktor.

“Saya baru sahaja menerima kepurusan ujian hari ini dan disahkan positif Covid-19”, umum BCL.

“Saya menyeru agar setiap dari anda menjaga diri dan keluarga serta mengambil tindakan wajar demi keselamatan semua.

“Insya-Allah, saya akan kembali menemui anda nanti,” kata ibu kepada seirang cahayamata bernama Noah itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, pengikut yang terdiri dari rakan artis dan peminat mula menitipkan doa buat artis kesayangan mereka ini.

Semoga BCL kembali sembuh seperti sediakala dan diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ????❤️ –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply