Bukit sama didaki, lurah sama dituruni! Dato’ Seri Hishamuddin puji tindakan pantas China hulur bantuan peralatan perubatan

0

Beberapa hari lalu, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah berkongsi menerima kunjungan H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di pejabat beliau di Wisma Putra.

View this post on Instagram

Am so happy to have received HE Ambassador Bai Tian, Ambassador of the People’s Republic of China in Wisma Putra today. We both emphasised that Malaysia and China will strengthen cooperation in all fields but focused on our most pressing task – the fight against #Covid-19. Based on the special relationship we both share and China’s best experiences in tackling the coronavirus, he has pledged to assist Malaysia by supplying medical equipment most needed to our nation such as ventilators, face masks, PCR testing kits and sanitisers. I will be writing formally to my counterpart HE Wang Yi, China’s Foreign Minister on this request so that our people in Malaysia will always be prioritised and protected in the war against Covid-19. This truly is an opportunity to showcase the strong ties forged between Malaysia and China 🇲🇾🇨🇳, just as the Ambassador said in the meeting, “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”. —- Gembira menerima kunjungan H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di Wisma Putra tadi. Dalam pertemuan tadi, kami sering menekankan, hubungan 🇲🇾🇨🇳 perlu diperkukuh demi manfaat dalam pelbagai sektor. Namun buat masa ini, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha menangani penularan #Covid19. Menerusi hubungan akrab kedua-dua negara dan berdasarkan pengalaman China yang lebih dahulu hadapi cabaran Covid19, H.E Bai Tian menyatakan komitmen China untuk membantu Malaysia termasuk membekalkan peralatan perubatan seperti topeng muka, hand sanitizer serta lain-lain peralatan penting. Saya juga akan menulis secara rasmi kepada rakan sejawat saya di China, H.E Wang Yi untuk mendapatkan bantuan ini supaya rakyat Malaysia dapat dilindungi sebaiknya sepanjang krisis ini. Sebenarnya ini juga peluang untuk Malaysia dan China mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama. Seperti H.E Bai Tian sebut dalam pertemuan tadi – “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”! 💪🏻

A post shared by Hishammuddin Hussein (@hishammuddinhussein) on

Beliau turut menyatakan Bai Tian menyatakan komitmen China untuk membantu Malaysia termasuk membekalkan peralatan perubatan seperti topeng muka, hand sanitizer serta lain-lain peralatan penting.

Hari ini sekali lagi beliau memuat naik entri di laman Facebooknya berkenaan bantuan yang telah diterima setakat ini.

“Baru 3 hari lepas saya bertemu H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di Wisma Putra untuk bincang mengenai bantuan yang mungkin Kerajaan China 🇨🇳 boleh hulurkan bagi membantu Malaysia tangani wabak #COVID19. Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk dapatkan bantuan facemask, hand sanitiser, #COVID19 test kit dan lain-lain.” tulis beliau.

Baru 3 hari lepas saya bertemu H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di Wisma Putra untuk bincang mengenai…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Rabu, 18 Maret 2020

Menurutnya, pagi ini Kedutaan China di Malaysia memaklumkan bantuan pertama peralatan perubatan sudah dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan China kerana bertindak pantas menghulurkan bantuan.

Tambah beliau, ketika dimaklumkan bantuan sedang disalurkan, beliau mula mengingati kembali kata-kata Bai Tian ketika mereka berdua berjumpa dan melakukan perbincangan tempoh hari “bukit sama didaki, lurah sama dituruni!”.

Terima Kasih Ambassador Bai Tian! Terima Kasih Wisma Putra!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply