Bukan sahaja baik untuk sistem dalaman badan, berpuasa juga dapat mencantikkan kulit wajah!

0

Tidak lama lagi, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa bermula 13 April depan.

Tarikh penetapan permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada 12 April.

Tuntutan rukun Islam ketiga ini diwajibkan ke atas umat mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

Pelbagai kebaikan dapat dinikmati hasil menunaikan ibadah puasa.

Selain dari menahan lapar dan dahaga, berpuasa juga mendidik kita menghargai nikmat rezeki yang dikurniakan Yang Maha Esa.

Tahukah anda, selain mampu mengurangkan berat badan, menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan kepekaan insulin, mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein), mengurangkan tekanan darah tinggi, memberi rehat kepada sistem penghadaman, mendetoksifikasi tubuh dan juga mengawal stress, berpuasa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit dan wajah. Jom kami kongsikan.

1. Mengatasi jerawat.

Puasa memiliki peranan untuk mendetoksifikasi tubuh. Tidak sekadar baik untuk kesihatan, ia berguna untuk kecantikan kulit wajah anda, termasuk mengatasi masalah jerawat. Racun dan bakteri penyebab jerawat pun dapat diatasi.

2. Mencerahkan kulit wajah.

Pilihan menu sahur dan buka puasa bergizi tinggi seperti sayur dan buah buahan. Ia mampu memperbaiki sel-sel kulit malahan masalah kulit wajah kusam pun bisa diatasi.

Proses detoksifikasi (puasa) membuat kulit lebih mudah menyerap nutrisi dari makanan yang anda nikmati saat sahur dan berbuka, sehingga wajah jadi lebih sehat dan cerah.

3. Mencegah iritasi kulit.

Selain mengatasi masalah jerawat, puasa juga mampu mencegah iritasi kulit. Proses detoksifikasi saat puasa bermanfaat untuk membersihkan racun pada organ tubuh, termasuk kemampuan melawan reaksi reaksi alergi yang menyebabkan peradangan dan iritasi pada kulit.

4. Awet muda.

Puasa seharian akan menyebabkan kadar gula dan kolesterol dalam darah menurun. Hal ini membuat tubuh menyesuaikan diri dengan melepaskan sejenis molekul yang disebut keton.

Keton berperan untuk merangsang pembelahan sel yang menyusun dinding pembuluh darah. Pembelahan sel inilah yang membuat anda terhindar dari penuaan dan mengekalkan awet muda.

Nah! Puasa bukan sahaja mampu meningkatkan kesihatan malahan meningkatan kecantikan kulit pula!

Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh umat Islam. Semoga beroleh keberkatan 🤲

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply