Bukan namanya Che Ta kalau tidak melaram, 125 meter kain ‘net’ digunakan untuk hasilkan ‘dress’ kuning eksklusif Rozita Che Wan

0

Anugerah Skrin 2019 yang baru melabuhkan tirainya, begitu meriah dengan kehadiran para karyawan dan pelakon ke majlis berprestij berkenaan.

Majlis gilang-gemilang yang diadakan setiap tahun itu adalah untuk memartabatkan hasil kerja para pengiat seni tanahair.

Majlis berprestij yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu turut diserikan lagi dengan pelbagai fesyen yang digayakan oleh para selebriti pada malam terbabit.

Antara selebriti yang turut melaram dan menjadi tumpuan ramai pada malam itu termasuklah pelakon cantik kelahiran Alor Setar iaitu Rozita Che Wan atau Che Ta.

Bila bercakap soal penampilan, umum mengetahui Che Ta sentiasa menitikberatkan aspek penampilannya di khalayak umum.

Che Ta tampak anggun dan cantik mengayakan busana eksklusif berwarna kuning hasil dari ciptaan Zaimi Zulkafli serta mengenakan aksesori yang bernilai RM6 Juta dari Habib Jewels.

Difahamkan, kain ‘net’ yang digunakan untuk menghasilkan ‘dress’ yang disarung Che Ta adalah sepanjang 125 meter.

“Berat tuan yang memikul berat lagi mata yang memandang”, celoteh Che Ta di entri Instagram miliknya.

Dari dulu hingga sekarang penampilan Che Ta tidak penah mengecewakan.

Sudah tentu sentiasa cantik dan bergaya.

Leave a Reply