Budiman, Sayed Muzzakkir antara 25 Setiausaha Politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah

0

PUTRAJAYA: Seramai 25 Setiausaha Politik kepada menteri-menteri Kabinet mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi laman media sosial Facebook Perdana Menteri, beliau menyatakan majlis ringkas telah diadakan di pejabatnya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.

Upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato’ Mohd Nardin Awang.

Turun di lantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah Saiful Adli Mohd Arshad dan Azlinda Abdul Latif.

Antara nama yang menjadi perhatian adalah bekas ahli parlimen Sungai Besar iaitu Budiman Zohdi dan usahawan muda Sayed Amir Muzzakkir Sayed Mohamed.

Berikut adalah senarai Setiausaha Politik yang telah mengangkat sumpah hari ini:

1. Datuk Mohd Nardin Awang
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri

2. Saiful Adli Mohd. Arshad
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri

3. Azlinda Abdul Latiff
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri

4. Muhammad Hilman Idham
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Perdagangan dan Industri

5. Syed Mohd. Fazmi Sayid Mohammad
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Pertahanan

6. Hamzah Brahim
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Kerja Raya

7. Fadli Hafiz Che Yusoff
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Pendidikan

Sayed Muzzakkir Sayed Mohamed, Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri

8. Sayed Amir Muzzakkir Sayed Mohamad
Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri

9. Dr Mohd. Zuhdi Marzuki
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air

10. Khamarulazlan Mohamad Hanafiah
Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia

11. Dato’ Armizan Mohd. Ali
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

12. Datin Maizatul Akmam Alawi@Ad. Badawi
Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi

13. Samad Jambri@Jamri
Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan

14. Zahari Kechik
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Budiman Zohdi, bekas Ahli Parlimen Sungai Besar

15. Budiman Mohd. Zohdi
Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan

16. Dato’ Ahmad Darus
Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan

17. Azizan Md. Zain
Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli

18. Abd. Halim Jalil
Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Negeri

19. Datuk Md. Jais Sarday
Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara

20. Dato’ Shamsul Najmi Shamsuddin
Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan

21. Lidam Anak Assan
Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

22. Dato’ Sri Syed Hamzah Syed Paie
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

23. Wan Rohimi Wan Daud
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

24. Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin
Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

25. Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Hari ini telah berlangsung upacara mengangkat sumpah jawatan 25 orang setiausaha politik kepada menteri Kabinet….

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 23 April 2020

Leave a Reply