Buat julung kalinya Arab Saudi menganjurkan acara sukan berbasikal untuk kaum wanita

0

JEDDAH: Berbasikal adalah salah satu sukan paling popular di Arab Saudi – dan wanita-wanita yang mengetuai perjalanan.

Kira-kira lebih 1,000 kaum wanita telah mengambil bahagian dalam acara berbasikal buat julung kali dianjurkan di negara berkenaan yang diadakan di Jeddah, Riyadh dan Alkhobar.

Pertandingan itu menarik minat dan menerima pujian dari Sukan Saudi Sports for All Federation (SFA) yang telah menganjurkan acara ini.

Pengarah Urusan SFA, Shaima Saleh Al-Husseini, menggambarkan penganjuran ini sebagai “benar-benar bersejarah untuk kesihatan dan kesejahteraan di Arab Saudi.”

Lebih 800 wanita mengambil bahagian dalam perlumbaan pertama, yang diadakan di Universiti Princess Nourah di Riyadh.

Pada wawasan 2030, kerajaan berharap untuk meningkatkan lagi tahap aktiviti fizikal mingguan kepada 40 peratus pada sedekad yang akan datang.

Al-Husseini berkata bahawa SFA menganggap aktiviti fizikal sebagai “mandat”, yang diterjemahkan kepada pertandingan dan acara awam yang lebih banyak seperti siri berbasikal wanita.

“Kami akan terus mengadakan aktiviti di bawah program ‘Quality of Life’, dan bekerja keras ke arah matlamat kami untuk mendapatkan lebih ramai yang mahu terlibat dalam semua jenis sukan dan aktiviti,” tambahnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply