BSN lancar kempen ‘Duit for Baby’

0

Bank Simpanan Nasional (BSN) kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melancarkan kempen ‘Duit for Baby’ melalui skim baharu iaitu BSN MyFirst.

Kempen ini diadakan sehingga akhir tahun 2020 (31 Disember) bertujuan menggalakkan simpanan untuk kanak-kanak yang berumur dibawah tujuh tahun.

Menerusi skim ini, hadiah simpanan bernilai RM50 akan didepositkan ke dalam akaun BSN MyFirst bagi 10 ribu penyimpan pertama yang mendaftar.

Tertakluk terma dan syarat, penyimpan yang menyertai perlu mendepositkan minimum RM50 ke dalam akaun serta mengikuti kursus kewangan secara atas talian yang disediakan di laman sesawang AKPK.

Disamping itu, penyimpan juga berpeluang memenangi hadiah BSN SSP bernilai sehingga RM5,000 dengan menghantar tiga slogan selepas mengikuti kursus kewangan AKPK.

BSN dengan kerjasama AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK) pada 23 Jun 2020 telah melancarkan kempen ‘DUIT for…

Posted by BSN Malaysia on Wednesday, 1 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply