Brunei sumbang test kit COVID-19 kepada Malaysia

0

Hubungan baik yang terjalin di antara Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dengan pihak berkuasa dari negara luar memberi kelebihan dan kemudahan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara.

Terbaharu, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkongsi semangat ASEAN yang terus diraikan sepanjang krisis COVID-19.

Menurut beliau, setelah kerajaan Brunei membantu membawa pulang 84 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir pada 28 Mac lalu, hari ini sekali lagi Kerajaan Brunei menyumbangkan COVID-19 test kits kepada Malaysia.

“Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas perkenan menghulurkan bantuan ini dan kami di Malaysia telah menerima kesemua peralatan ini dan ia akan dipastikan sampai ke tangan pihak yang memerlukan”, tulis beliau di laman Facebooknya.

Semangat ASEAN terus diraikan sepanjang krisis Covid-19. Selepas bantu bawa pulang 84 orang rakyat kita yang terkandas…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Kamis, 02 April 2020

Tambah beliau, pihak Wisma Putra amat menghargai jasa baik kerajaan Brunei yang merupakan antara negara terawal menyatakan hasrat untuk membantu Malaysia.

Malah beliau turut menyatakan sekiranya Brunei memerlukan apa-apa bantuan, pihak kerajaan Malaysia sedia membantu dengan sebaiknya.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan semoga hubungan akrab kedua-dua negara ini akan terus berkekalan.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply