Bright Vachirawit dan Lisa Blackpink artis paling popular Asia 2021

0

Bright Vachiwarit dan Lisa Manoban adalah selebriti paling popular dari Asia Tenggara yang mendapat banyak perhatian penonton antarabangsa sejak akhir-akhir ini.

Populariti dan fenomena ini tidak hanya sampai di Asia malah di seluruh dunia.

Menariknya, kedua-duanya selebriti ini mempunyai banyak persamaan dalam hidup mereka iaitu dilahirkan pada tarikh dan tahun yang sama (Hari 27, Tahun 1997), berasal dari Thailand dan mempunyai kerjaya yang sama iaitu aktif menyanyi dan terlibat secara langsung sebagai model.

Namun, Bright lebih dikenali sebagai pelakon berbakat di Thailand berbanding dengan Lisa yang lebih popular sebagai penari, penyanyi dan rapper bersama kumpulan ‘superpower’ Blackpink.

Selebriti bertaraf dunia ini juga selalu menjadi trending nombor satu di Twitter dan platform media sosial lain di banyak negara terutama negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply