BossKu bakal kembali?

0

Jika semalam melalui status yang dimuat naik mantan Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di facebook rasminya seakan meninggalkan satu signal kepada pemimpin politik dan rakyat Malaysia.

Najib pukau? Najib "pukau" dengan keikhlasan.Najib curi? Najib curi hati rakyat.Najib salah? Najib salah kerana…

Posted by Najib Razak on Monday, 8 June 2020

Najib pukau? Najib “pukau” dengan keikhlasan.

Najib curi? Najib curi hati rakyat.

Najib salah? Najib salah kerana sayang rakyat.

Semasa saya Perdana Menteri, ekonomi kita kukuh. Rakyat ada kerja dan pendapatan.

Kerajaan dengan aset dan khazanah beratus bilion.

Pembangunan demi pembangunan infrastruktur.

Setiap tahun, saya tingkatkan bantuan terus kepada rakyat.

Anak yatim. Warga emas. Anak sekolah. Keluarga berpendapatan rendah. Bujang.

Setiap rakyat menikmati kemakmuran negara.

Stabil dan membangun.

Saya Najib Razak.

Saya datang dengan kesungguhan.

Saya ‘pergi’ dengan kesabaran.

Saya ‘pulang’ dengan keikhlasan.

Memetik kata-kata beliau yang kini terkenal dengan jolokan nama bossku, mungkinkah benar beliau akan kembali menawan gelanggang politik tanah air?

Walau di bicarakan dalam beberapa kes di mahkamah, Dato’ Seri Najib jelas kekal tenang dari awal perbicaraan beliau.

Keputusan ke atas tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd akan diketahui pada 28 Julai ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pembelaan selama lima hari sejak Isnin lalu.

Memetik satu kenyataan oleh Timbalan Pendakwaraya V.Sithambaram ketika menjawab soalan wartawan mengenai pengalamannya ketika menyoal balas Dato’ Seri Najib di mahkamah.

V.Sithambaram berkata, walaupun Dato’ Seri Najib adalah mantan Perdana Menteri dan beliau dihormati, namun Dato’ Seri Najib tidak diberi keringanan oleh pasukan pendakwaan ketika sesi soal balas prosiding.

V.Sithambaram turut mengakui bahawa beliau mempunyai pengalaman guaman selama 42 tahun dan beliau telah menyoal balas Dato’ Seri Najib di kandang saksi selama hampir 11 hari dan ia satu pengalaman yang agak menakutkan.

“Namun komen saya secara adilnya, sungguhpun ramai mungkin tidak sukakan komen ini, Dato Seri Najib adalah merupakan seorang saksi yang tidak berselindung atau memanipulasi kedudukannya dan beliau telah menjawab soalan-soalan saya sebaik yang beliau boleh”, V.Sithambaram.

Ironinya, walaupun sudah dua tahun Dato’ Seri Najib bukan lagi Perdana Menteri, bukan Presiden UMNO, hanya sekadar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian UMNO Pekan, namun serangan bertali arus oleh pembangkang seolah beliau masih lagi Perdana Menteri.

Justeru, ramai pemerhati politik berpendapat, pembangkang seolah dapat hidu dan percaya bahawa Dato’ Seri Najib masih berpotensi untuk melakukan “comeback” pada PRU-15, atau mereka khuatir jika pihak pembelaaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah untuk kes-kes beliau yang sedang di bicarakan di Mahkamah.

Maka, atas faktor itu, pada pendapat pembangkang, beliau perlu terus diserang dan ditekan..

–THE MALAYA POST.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply