BLACKPINK akhirnya membuat kemunculan semula dan akan lancarkan album terbaru pada tahun 2020

0

Kumpulan K-Pop wanita popular dunia, BLACKPINK dilaporkan sedang melakukan persiapan kemunculan semula selepas pelancaran mini album ‘KILL LOVE THIS’.

Laporan berkenaan turut memberitahu ianya bertujuan untuk pelancaran album terbaru mereka pada awal tahun 2020.

YG Entertainment telah memberi respon terhadap laporan berita terbabit menjelaskan bahawa mereka merancang untuk kembali, tetapi belum membuat keputusan dan belum mempunyai tarikh tertentu.

“Kami tidak menetapkan tarikh tertentu tetapi ianya bertujuan untuk membuat kemunculan semula pada awal tahun 2020”.

“Ahli kumpulan BLACKPINK sedang merekod lagu-lagu baru untuk album mereka yang akan datang”.

“Kami masih membincangkan tentang jadual tertentu. Kami meminta anda semua memahami”, kata jurucakap dari YG Entertainment.

Kemunculan semula BLACKPINK akan menjadi yang pertama sejak mini album “KILL THIS LOVE” yang mula dilancarkan pada April tahun ini.

Walaupun tempoh menunggu agak lama untuk menerbitkan album, kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo terus menjadi salah satu kumpulan raja K-Pop yang paling popular di dunia.

Mereka telah dicalonkan dengan pelbagai anugerah di dalam negara dan di peringkat antarabangsa, dan mereka juga sibuk dengan jelajah dunia.

BLACKPINK kini dijadualkan mengadakan jelajah di negara Jepun bermula pada bulan Disember hingga Februari.

Semua para peminat harap bersabar dan nantikan maklumat lanjut tentang berita ‘comeback’ BLACKPINK!

Leave a Reply