Bisnes Online Satu Pilihan Bijak Atau Pilihan Bila Terdesak?

0

Kehilangan kerja biasanya menjadi masalah besar dalam kalangan kita manusia pada zaman sekarang ni. Kadang-kadang ada yang berhenti kerja dengan sebab tertentu, ada juga yang diberhentikan kerja kerana pelbagai sebab juga. Paling tak best, kalau diberhentikan kerana syarikat atau tempat kerja hendak tutup operasi.

Biasanya, selepas dah offically unemployed baru orang hendak cuba ceburkan diri dalam bidang perniagaan. Buat bisnes online, untuk cuba tampung pendapatan daripada gaji yang sebelum ini dapat tiap-tiap bulan.

Nampaknya, majoriti orang kita masih percaya bisnes online atau berniaga ini adalah pilihan akhir untuk dapat pendapatan selain bekerja di bawah majikan.

Baginda Nabi Muhammad SAW juga ketika zaman hidup baginda berniaga dan sudah tentulah ia adalah cara mendapatkan pendapatan terbaik berbanding hanya bekerja untuk dapat gaji setiap bulan.

Sebenarnya, pada pendapat saya orang kita tidak ada daya kekuatan untuk berusaha dapatkan pembelian produk atau perkhidmatan kalau berniaga kerana takut dan tidak ada keyakinan diri. Bila approach beberapa orang dan kemudian tak ada yang membeli orang kita akan cepat kecewa, dan mudah berhenti daripada berusaha.

Orang kita juga adalah manusia jenis yang terikat pada rutin dan tidak boleh hidup tanpa rutin. Kalau ada cara hidup yang kita perlu tentukan sendiri, biasanya hari-hari yang berlalu akan diisi dengan rehat dan aktiviti makan tidur. Mula berniaga sikit-sikit lepas tu, orang tak hendak beli, berhenti, sambung tidur dan rehat.

Kalau dah tak ada kerja, seseorang itu mesti sungguh-sungguh berniaga lebih-lebih lagi dalam online sekarang ni. Berdoalah selalu, kalau murah rezeki dan dipermudahkan, kita bantu ramai orang dan juga Allah akan bantu kita juga nanti.

Dalam diri kita yang perlu buat keputusan sama ada hendak buat atau tidak. Sebenarnya apa sahaja keputusan dalam hidup kita, kita yang tentukan semuanya. Kita tentukan pilihan biasanya yang kita akan selesa menerima akibatnya selepas itu, dan kurang risikonya.

Kalau pilihan yang kita ada membawa akibat buruk kepada diri kita, biasanya kita akan jauhkan diri kecuali kita dah tak ada sebarang pilihan lain. Cuba mulakan bisnes online, banyak produk yang kita boleh jual dan bantu orang jualkan, kalau anda ada dana yang lebih, boleh usahakan untuk buat produk sendiri.

Hilang pekerjaan, itu satu dugaan dan takdir dari Allah. Kita kena segera merancang untuk meneroka dunia Allah untuk terus mencari rezeki demi kehidupan kita hari-hari.

Sumber: sepatahdua.my

Leave a Reply