Bintang legenda Indonesia, Elly Kasim meninggal dunia

0

Penyanyi Legenda lagu-lagu Minang Indonesia, Elly Kasim Ali Umar menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 3.48 pagi (waktu tempatan) di sebuah hospital di Jakarta.

Allahyarham Elly Kasim meninggal dunia di usia 76 tahun selepas dimasukkan ke hospital dipercayai akibat masalah pencernaan.

Bintang legenda Indonesia ini cukup popular dengan lagu Ayam Den Lapeh yang pernah dirakam semula oleh Anita Sarawak.

Sepanjang kariernya, Allahyarham berjaya menghasilkan 100 album solo.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply