Bintang K-Pop, Jung Joon Young dan Choi Jonghun di penjara enam tahun dan lima tahun bagi kesalahan merogol dan menyebarkan video seks

0

Bintang K-Pop, Jung Joon Young dan Choi Jonghun telah disabitkan kesalahan merogol dan menyebarkan video seks mangsa tanpa kebenaran.

Hakim dari Mahkamah Daerah Seoul Tengah menjatuhkan hukuman bagi kesalahan rogol beramai-ramai melibatkan dua mangsa di Hongcheon dan Daegu pada Januari dan Mac 2016.

Joon Young dan Choi Jonghun dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan lima tahun atas kesalahan melanggar undang-undang jenayah keganasan seksual.

Kedua-dua mereka dilarang bekerja yang melibatkan kanak-kanak, remaja dan orang kurang upaya selama lima tahun.

Selain itu, hakim juga mengarahkan mereka menyelesaikan tempoh selama 80 jam dengan menyertai program keganasan seksual.

Joon Young juga didapati bersalah berkongsi video seks dan foto dengan rakannya iaitu bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri sebanyak 11 kali antara tahun 2015 dan 2016 melalui aplikasi sembang Katalk.

Leave a Reply