Bila sampai pemilihan parti, pilih pemimpin kesukaan kita – Timbalan Presiden UMNO

0

Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan sering menggunakan falsafah dan pemikiran kreatif Melayu seperti pantun, pepatah mahupun peribahasa dalam ucapan serta penulisan beliau.

Terbaharu, menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau ini memuat naik beberapa rangkap seloka menggambarkan pendirian beliau yang ketika ini mengambil pendekatan mendiamkan diri seketika dari memberi maklum balas berkaitan parti sehingga keadaan kembali reda.

Dalam bait dan patah perkataan perkongsian berkenaan, beliau turut menyeru ahli-ahli parti agar membuat persediaan ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Malah, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang lebih mesra dipanggil Tok Mat turut mengingatkan ahli parti agar memilih pemimpin yang disukai ketika tiba waktu pemilihan pucuk pimpinan yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.

“Ramai orang tertanya tanya..

Mengapa saya membisu seribu bahasa..

Bagi saya, biarlah ribut ni reda..

Saya tak mau menambah duka..

Yang penting  parti mesti di perkasa..

PRU 15 kita nak jadi juara..

Jika kita berpecah ramai yang seronok..

Kita berkecamuk ramai yang gembira..

Ayuh kita cari mana yang elok..

Elakkan yang cela hilangkan lah lara..

Susunlah langkah menuju hala..

Pakat pakatlah untuk bertenang seia sekata..

Jangan parti berkecamuk dan bergelora..

PRU 15 mesti jadi Keutamaan kita..

Bila sampai masa pemilihan parti untuk dikota..

Pilihlah nanti pemimpin kesukaan kita..

Ketika itu tepuk dada tanyalah selera..

Jika itu satu2 nya cara..

Untuk tenangkan jiwa yang lara..”

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply