Bibir kering dan menggelupas? Kami kongsi tujuh tips mudah penjagaan bibir

0

Bibir yang kering dan menggelupas bukan sahaja si empunya badan berasa tidak selesa malah ia mencacatkan penampilan.

Usah dikopek ya! Nanti bertambah besar luka dan berdarah pula. Lebih malang, bengkak pula yang menyusul.

Jom, kami kongsi tips bibir lembab dan ‘pinkish’.

1. Skrub bibir.

Bibir pun perlukan skrub. Bukan kulit wajah saja ya. Kulit mati perlulah disingkirkan dahulu. Kemudian, mudah untuk bibir menerima apa jua jenis pelembab yang disapu keatasnya.

Kini, terdapat banyak jenis skrub di pasaran. Pilih saja yang berkenan di hati.

2. Kebaikan madu, minyak zaitun, lidah buaya dan jus lemon.

Kandungan vitamin E dan mineral yang terdapat pada sumber asli di atas mampu membaik pulih kekeringan dan menjadikan bibir kemerah-merahan. Hanya satu sapuan nipis pada bibir, dan lihatlah kebaikannya!

3. ‘Lip balm’ dengan perlindungan SPF akan melindungi bibir dari kesan sinar matahari.

4. Masker bibir.

Aplikasi ‘lip mask’ pada bibir empat hingga lima kali seminggu. Ia akan bekerja dengan membaikpulih kekeringan bibir ketika anda tidur.

5. Minum air kosong secukupnya.

Jika anda mengalami dehidrasi, bibir adalah petanda pertama yang dapat dilihat.

6. Jangan jilat bibir.

Air liur (saliva) akan membuatkan kelembapan ‘lip balm’ hilang dengan cepat.

7. Elakkan memakai gincu melebihi 8 jam. Apatah lagi terbawa-bawa sehingga waktu tidur.

Mudah sahaja penjagaan bibir, asalkan kita berdisiplin dan ‘sustained’.

Jom cantik! 👄💋

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply