Bertelekung di Mekah, tindakan Sajat dan rakan-rakan dianggap biadab

0

Kelmarin kecoh di kalangan warganet yang terkejut dengan penampilan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruzzaman apabila tampil bertelekung di Tanah Suci Mekah.

Dilaporkan, Sajat yang berada di Mekah bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya telah berkongsi video dan foto yang memperlihatkan mereka memakai telekung solat wanita dan memaklumkan baru sahaja selepas solat di Raudhah.

Di laman sosial juga mulai tular gambar-gambar Sajat dan rakan rakannya memakai kurta lelaki di lapangan terbang dipercayai sebelum berangkat ke tanah suci Mekah serta gambar mereka yang bertelekung setelah sampai di sana.

Berhubung video berkenaan, seorang pemilik akaun Facebook, Mawar Ibrahim telah memuatnaik satu entri dan mengkritik tindakan usahawan berjaya berkenaan bersama dua lagi rakannya.

“Masyallah… Bagaimana dgn wuduk wanita2 yg korang asakkan tu… Xde ke muffti ka pu ka nk ulas dan panggil depa ni…

Nk jd ppn tu fine..hak hang..dosa hang..tapi buat macam ni nk buktikan apa ya? Nak nafikan Allah swt?” tulis wanita berkenaan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2921964717835811&id=100000669342856

Sejurus selepas kekecohan dan bermacam persoalan yang menjadi tanda tanya netizen, Mutawwif yang membawa rombongan umrah termasuk Sajat dan keluarga menyatakan mereka di Albayt Travel hanya membantu memudahkan urusan umrah dengan saranan supaya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

“Sepanjang perlepasan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan namun sebaliknya pula yang berlaku setelah sampai disana”, tulis agensi berkenaan.

Di ruangan komen juga warganet mulai marah dengan tindakan yang dianggap biadab oleh jutawan muda berkenaan.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply