Berstatus muflis dan disenarai hitam layak memohon BPN

0

Kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar rintihan rakyat dalam memastikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dinikmati oleh semua penerima yang layak dan tiada keciciran berlaku.

Ketua Pegawal Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, sehubungan dengan perkara berkenaan kerajaan memutuskan bahawa pemohon berstatus muflis atau disenarai hitam layak menerima BPN.

Permohonan boleh dibuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://bpn.hasil.gov.my/.

Permohonan ini boleh dibuat mulai hari ini (6 April).

Permohonan akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan bagi pemohon yang telah lulus, bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kenyataan Media LHDNMPERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) BAGI PEMOHON BERSTATUS MUFLIS / DISENARAI HITAM05 April 2020

Dikirim oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia pada Minggu, 05 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply