Bersihkan diri dahulu sebelum bermimpi hendak jadi PM ke 8! – Khairuddin Abu Hassan

0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyelar dan meminta Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersihkan diri dahulu sebelum mengimpikan jawatan Perdana Menteri ke-8.

Ia berikutan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa jika beliau boleh tunggu 20 tahun untuk jadi Perdana Menteri, beliau tiada masalah untuk tunggu lagi 6 bulan untuk peralihan kuasa dilaksana.

“Tolong jangan berdolak dalik lagi.Bersihkan namanya terlebih dahulu dan tolong ambik tindakan undang-undang terhadap Yusoff Rawther sebelum berhajat untuk jadi PM8”

“Macam mana penyangak anwar ibrahim hendak jadi PM8? Dia sendiri pun tak berani hendak saman Yusoff Rawther ke Mahkamah di atas segala dakwaan oleh bekas pegawainya itu tentang salahlaku yang telahpun dilaporkan ke pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita” jelas beliau dalam satu kenyataan kepada wartawan The Malaya Post.

Beliau turut mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir pada pembukaan persidangan Parlimen 9hb Mac ini

“Saya cabar secara terbuka penyangak Anwar Ibrahim untuk bawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir Mohamad pada pembukaan persidangan Parlimen 9 Mac ini seandainya dia kata ada cukup sokongan di dalam Dewan Rakyat”

“Sesungguhnya, saya berani kata bahawa penyangak Anwar Ibrahim tidak ada cukup sokongan untuk undi beliau sebagai pengganti PM8 sekiranya dia bawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir Mohamad!”

Leave a Reply