Bersenam sambil mendengar alunan zikir dan selawat, netizen harap negara Islam lain contohi usaha negara Brunei terap cara hidup patuh syariah

0

Brunei Darussalam terkenal sebagai sebuah negara yang berusaha untuk menerapkan cara hidup patuh syariah di kalangan rakyatnya.

Perkongsian rakaman video yang memperlihatkan aktiviti senaman bersama alunan zikir serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai pengganti muzik, mula menjadi viral dan mendapat pujian ramai.

Di Negara Brunei Darul Salam.Setiap kali program bersenam tidak dipisahkan dengan zikir bukan dengan muzik.

Dikirim oleh Ismael Haris pada Senin, 25 November 2019

Rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Ismael Haris telah meraih 82,000 jumlah tontonan dan menerima pelbagai komen positif dari netizen.

Menurutnya, Kerajaan Brunei Darussalam pasti akan memasang muzik memuji nama-nama Allah SWT setiap kali program senaman dianjurkan.

Tambahnya, aktiviti senaman bukan sahaja boleh menyihatkan badan malah dengan mendengar alunan zikir dan keindahan memuji nama-nama Allah SWT ianya bermanfaat untuk kekuatan mental serta minda.

Konsep senaman mematuhi syariah yang diamalkan oleh negara Brunei amat dikagumi ramai dan berharap idea kreatif ini boleh dijadikan contoh serta dipraktikkan di negara-negara Islam yang lain.

Leave a Reply