Bersemangat membaca doa beramai-ramai, gelagat pelajar lelaki Kolej Sultan Alam Shah meraikan hari terakhir peperiksaan SPM dipuji ramai

0

Tamat sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermakna berakhirnya alam persekolahan dan ianya merupakan detik yang dinantikan oleh semua pelajar.

Bermacam cara meluahkan perasaan lega dan seronok bagi meraikan percutian panjang sebelum menerima keputusan beberapa bulan akan datang.

Tular pelbagai gambar dan video memaparkan tingkah laku para pelajar meraikan ‘hari kebebasan’ berakhirnya peperiksaan dan alam persekolahan.

Bermacam ragam yang dilakukan mereka, termasuk menconteng baju sekolah, merempit, berpesta di tengah jalan raya dan pelbagai ragam negatif yang dilakukan oleh para pelajar secara beramai-ramai.

Namun berbeza pula dengan sekumpulan pelajar sekolah agama, apabila mereka melaungkan doa secara bersemangat bagi meraikan berakhirnya peperiksaan SPM.

https://twitter.com/hafsahzurani/status/1199663197533306883?s=20

Bacaan doa daripada para pelajar lelaki Kolej Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang amat menarik perhatian serta mendapat pujian ramai.

Rata-rata netizen, bersetuju apabila setiap pelajar meraikan hari terakhir peperiksaan dengan cara positif daripada memilih membuat onar di tengah jalan raya yang mengganggu para pengguna serta merbahayakan keselamatan.

Malah warganet turut mendoakan semoga calon-calon SPM ini mendapat kejayaan di dunia dan akhirat serta mendapat keputusan SPM yang cemerlang.

Leave a Reply