BERSATU ucap tahniah kepada calon BN atas kemenangan besar

0

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada Mohd Shahrim Md Zain di atas kemenangan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini yang berlangsung semalam.

Memetik kenyataan media, Setiausaha Agung, Dato’ Seri Hamzah Zainudin turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang telah berkerja keras sepanjang PRK Chini sehingga memperolehi kemenangan majoriti besar.

“Jutaan terima kasih dan syabas turut diucapkan kepada pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab keluar mengundi pada PRK DUN Chini.

“Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain berjaya mengalahkan pihak lawan serta memperolehi kemenangan besar dengan 12,650 majoriti daripada 13,872 undi keseluruhan,” ujar beliau.

KENYATAAN MEDIA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada YB Mohd…

Posted by Hamzah Zainudin on Sunday, 5 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply